Diantara jenazah yang disolatkan oleh Imam Masjidilharam ini, ada satu jenazah yang tidak dibalutkan jenazahnya dengan kain kafan sepertimana jenazah yang lain. Malahan kepalanya dibiarkan terbuka ketika solat.
Ini kerana almarhum yang meninggal dunia ini
ia meninggal ketika dalam berihram.
Sesiapa yang meninggal dunia ketika berihram
sama ada ketika haji atau umrah maka akan dikafankan bersama pakaian umrahnya dalam keadaan kepala tidak bertutup dan dilarang untuk meletakkan wangian pada wajahnya atau tubuh jenazahnya kerana dia bakal bangkit nanti dalam keadaan bertalbiah.
Masaa’ALLAH Beruntungnya semoga Allah berikan kita pengakhiran yang baik.
Aamiin